Laman Repekan Luar Kawalan

Aku Jua Punya Hati (Merepek Lagi)

live life to the max, without annoying others
[info]nestrez
some people just annoy me very well but i can do nothing since they are friends of my friends and
irritatingly, some are my so-called close friends. some even acted differently when they are with
different circles and some try to be someone that they are not. those people are really getting
into my nerve right now. i don't really consider them as my friends since they are not someone who
could be my friends, according to my standards. to be my friends, they should be themselves. don't
ever pretend to be someone else to get the attention of others. i hate the hypocrites and i hope
i'm not one of them. this is a reminder to me, don't try to impress people just because you can't
win them. be cool and sooner or later, they will be your friends if they are meant to be..

next mission
[info]nestrez
movie-hunting begins now! last week i watched the famous transformers 2 but it was a disappointment.
well, i never liked transformers as much anyway. next, plan to watch "Public Enemies".
why i like the movie before even watching it?

firstly: it's a true story and you guys should already know by now of the deep affection i have for these
real-life stories :)

secondly: the main character is played by Johnny Depp! my chenta hati..


from wiki:

Public Enemies is a 2009 film directed by Michael Mann. Set during the Great Depression, it focuses on the
true story of FBI agent Melvin Purvis's attempt to stop criminals John Dillinger, Baby Face Nelson, and Pretty
Boy Floyd. The film is an adaptation of Bryan Burrough's non-fiction book Public Enemies: America's Greatest
Crime Wave and the Birth of the FBI, 1933–34. Christian Bale plays FBI agent Purvis, Johnny Depp plays
Dillinger, Marion Cotillard plays Dillinger's girlfriend Billie Frechette, Channing Tatum plays Floyd and Giovanni
Ribisi plays Alvin Karpis.


ok, before that, need to find someone to company me watching this or else, i'd end up buying the dvd copy huuuuu...


oh hensemnya dia...

I'll Be There..
[info]nestrez
tadi aku bersembang dengan emoking, sembang-sembang biasa je. tiba-tiba boleh terkeluar pasal kehidupan..

aku: aku pon rase mcm tade life je
aku: dh msk 3 series ni,mcm2 la
emoking: dah masuk....aku belum masuk dah rasa
emoking: tu aku ckp hang
emoking: bukan sbb penat dohh....


emoking rasa lost, aku rasa empty. dia ada cakap hari tu pasal feeling lost, aku suruh dia berehat sebab kebelakangan ni dia busy dengan paintball activities. tournament sana sini. tapi rehat bukan ubatnya. aku ingatkan dia penat, tu yang sarankan berehat. aku dah agak lama rasa kosong ni,kosong jiwa, kosong hati. tak tau la kenapa makin lama makin berat rasa kosong. sejak arwah pergi dengan tiba-tiba ni, lagi teruk. tersentak dengan pemergiannya dan pada masa yang sama buat aku berfikir. apa yang aku ada yang buat aku puas hati tinggal kat dunia ini? apa yang aku dah buat? apa yang aku masih cari? rasanya, masih banyak tidak tercapai. soal dunia memang takkan habis lah. bekalan ke dunia lagi satu pun nipis je, tak tebal macam orang lain. sedih.

sudah 2 minggu dia pergi tapi aku masih teringat, nak pulak bila tengah bekerja. lagi kuat ingatan. masa makan lagi lah, masa lepak bawah, masa sarapan, masa pergi digital mall. sejak dia takde ni, memang tak pergilah aku ke kedai makan kat 222 tu. mahu tumpah air mata kat situ. tempat makan yang dia selalu bawak masa keje shif malam memang ke situ lah. kalau nak cerita, memang banyak benda-benda yang mengingatkan aku kepada dia. tapi, ajal maut di tangan Tuhan. aku terima.

khamis lepas, kitorang beramai-ramai dengan bos pergi ke rumah arwah di klang untuk menyampaikan sumbangan kepada isteri arwah. terpandang muka anak sulung arwah, tersentap dada. murung mukanya amat jelas. terus bergenang airmata, tapi berjaya jugakla tahan. anak bongsu arwah (anak-anak arwah ada dua orang sahaja, perempuan kedua-duanya) tidak menampakkan kesedihan kerana mungkin dia masih kecil lagi. emak, kakak dan abang arwah pun ada sama hari itu. isteri arwah menceritakan bagaimana arwah mengadu sakit dada selepas selesai solat subuh. arwah seorang yang kuat, kata doktor. orang muda jarang-jarang dapat tahan lama untuk kes-kes sebegini. doktor beritahu isteri arwah, orang tua dapat bertahan lama jika terkena serangan jantung macam arwah. tetapi orang muda memang tidak akan bertahan lama, paling lama kata doktor ialah 4 minit. arwah dapat bertahan selama 2 jam lebih kurang. arwah disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan dari pintu hospital ke bilik rawatan. arwah masih dapat mengangguk semasa isterinya memberitahu yang dia sudah sampai ke hospital.

isteri arwah dalam tersekat-sekat nada suaranya memberitahu, dia redha dan dia terima pemergian arwah. katanya, selama hidup bersama, dia tak pernah menghalang kesukaan arwah. baik dalam bersukan mahupun pembabitan arwah dengan muzik. puas dapat memberikan kegembiraan kepada yang tersayang, it's priceless kan?

apa-apa pun, hidup mesti terus. kita yang di sini banyak lagi jalan yang hendak ditempuh, arwah sudah selamat di sana. betul lah kata orang tua-tua, orang yang baik ni Allah sayang lebih sebab itu diambilNya cepat..

apa yang aku cari lagi? kenapa rasa kosong? mungkin entry seterusnya akan memberikan jawapan.

I'll be there to comfort you,
Build my world of dreams around you,
I'm so glad that I found you

I'll reach out my hand to you,
I'll have faith in all you do
Just call my name and I'll be there

I'll be there with a love that's strong
I'll be your strength, I'll keep holding on

Let me fill your heart with joy and laughter
Togetherness, well that's all I'm after
Whenever you need me, I'll be there

If you should ever find someone new,
I know he'd better be good to you
'Cos if he doesn't, I'll be there

- Jackson 5, I'll Be There

~ al-fatihah to Michael Jackson

kegiatan hujung minggu
[info]nestrez
sangat bosan ni.kalau dah bosan,mesti mengantuk.ni yang malas nak kerja malam huhu.
geng pun takde nak lepak-lepak amik angin.adoi sangap! nua kata nak sambung sembang lepas jam 12 pagi tapi takde pun.
sekarang dah pukul 2:30 pagi.bengong punya budak.esok siaplah kau aku ungkit heheh.

apa nak buat?nak layan naruto malas.dah ketinggalan lama gila dan takde daya nak carik balik.
nak tidur kat surau, masih awal lagi.paling syok kalau naik tidur jam 5 pagi.tidur mati lah sampai jam 7 pagi.
tadi aku cuba juga layan grey's anatomy season 5 streaming tapi asyik sangkut je,terus kensel.

sabtu lepas aku pergi mendaki broga hill kat semenyih dengan lisa,azree,tora,awin,zah,subbra,jerry dan amir.
sangat seronok walaupun penat masa nak mula mendaki tu.2-3 kali juga berhenti rehat.
aku bawak ken, azree ngn zah pun bawak ken masing-masing.jerry aku tak pasti apa nama slr dia.
penat hilang bila leka mengambil gambar.ramai orang lain yang turut mendaki pagi itu.

sampai di bawah bukit dalam jam 6.30 pagi. tengok-tengok penuh dengan manusia nak mendaki sama.
jalan ke atas bukit tu agak curam, nasib baik tidak hujan malam sebelum tu.kalau hujan,memang tak boleh naik.
dahla takde senaman, joging dan sebagainya, memang tak fit lah nak naik dengan pantas.
aku pancit di awal-awal pendakian lagi.hahaha.tapi akhirnya dapat juga sampai ke puncak.
ada yang membawa basikal ke atas.hairan.jalan punyalah curam,macam mana tuh..hmmm..
yang aku nampak, budak-budak kecil juga ada dalam 5-6 orang. ibu-bapa membawa anak-anak mendaki,kagum.
aku sampai ke puncak dalam jam 8 pagi.jumpa dengan kumpulan lagi satu dan mula mengambil gambar dengan rakus hehe.
itu baru puncak pertama.selepas puas berehat sambil mengambil gambar, baru gerak ke puncak ke-2.
rehat sekejap dan akhirnya bergerak ke puncak yang terakhir.di situ,rehat agak lama sampailah pukul 10 pagi.

laluan untuk turun tidak menggunakan laluan yang sama.ada satu kumpulan uncle bagi nasihat untuk turun mengikut laluan
lain yang senang sedikit dan tidak curam dibandingkan dengan laluan naik tadi.memang seronok turun guna laluan itu.
ada banyak pokok durian! ahahah.kitorang sempatlah menjamu durian seulas dua.tak tahu lah kebun siapa itu tapi minta halal la ye..
laluan balik memang senang seperti yang uncle beritahu, tapi mengikut denai hutan lah.ada pokok getah banyak.
ada yang baru saja ditoreh pagi itu kerana susu getahnya kelihatan baru lagi.ada jeram kecil di sepanjang perjalanan kitorang turun.
sejuk bila ikut denai hutan ni, penuh dengan oksigen heheh. selepas meredah hutan, kitorang sampai di ladang kelapa sawit.
tadaaa!!sudah berada di bawah bukit rupanya.dari kejauhan,nampak atap-atap bangunan.

habis mendaki, pergi makan tengahari di pekan semenyih.semua puas hati dapat naik ke puncak bukit broga.
pemandangan cantik, udara nyaman dan semua yang mendaki bagaikan sudah kenal lama.terbaik!




love is not for sale
[info]nestrez
aku agak happy sekarang, jangan tanya kenapa. yang penting aku gembira..
tapi aku tak nak dah letak harapan tinggi on anything or anyone =)
cukuplah dengan benda-benda yang dah jadi selama ini, patut dijadikan pengajaran
bila kita letak harapan pada seseorang atau sesuatu, kita mudah berasa kecewa akhirnya
bila kecewa,mulalah emosi membuak, sensitif tak kena tempat..

i love my life at the moment and i hope i'm doing the right thing on the right path
i have friends that i can count on and it cheers me up when my thoughts are on them
it's normal to feel sad, because if you don't then there must be something wrong with your head :P

am finally letting go, and this time it's for real

i am happy..


courtesy of nuox (from his own collection), nice knowing you beb =)


great loss
[info]nestrez
perginya seorg rakan secara tiba-tiba memang sangat pedih
apatah lagi jika dia bila hayatnya adalah seorang yang sangat disenangi
tiada apa yang dapat menggantikannya
kehilangannya amat dirasai dan ditangisi
sedih masih terasa

gelak tawa masih terngiang di telinga
senyum gurau terbayang di mata

ijan..
semoga rohmu ditempatkan di kalangan orang beriman, aamiiinnn

al-fatihah


..am lost for words, better words. still speechless ;(

sudah pulang
[info]nestrez
baru balik dari kuantan lewat petang semalam. what a trip =) macam-macam hal bila dah duduk satu hotel,
bilik dekat-dekat ni.ahahah. but it was fun. overall, dalKap performed very well jugak lah, went through
to the 2nd round despite being in the NPL for the very first time (national paintball league).
main dalam division 3 and menang 3 dari 8 perlawanan.fuh! hebat bukan? hehehe.. ikhlas ni

penat memang penat tapi dah lama tak bercuti di kuantan, walaupun tak dapat pegi laut tapi takpe.
next time pegi KK boleh jalan-jalan kat pantai. dapat snap banyak jugak gambar. nanti nak upload kat FB.
next tournament kat melaka pulak. hopefully boleh join jugak. oh, dapat jumpa dengan FB friend kat sana.
sembang sekejap saje, dia punya team pun dapat masuk 2nd round jugak. nanti kat melaka jumpa lagi!

link for NPL: http://www.my-npl.org/



the whole team posing selepas habis 2nd round on the 2nd day


CHECKED!!
[info]nestrez
travel checklist

1. clothes - checked
2. chargers (phone+camera) - checked
3. ken -  checked
4. cell - checked
5. toiletries - checked
6. sunblock - checked
7. sling bag - checked
8. face towel - checked
9. sandals - checked
10. converse - checked

aku nak bawa katak pergi cuci sekejap lagi selepas kerja. lepas tu baru boleh travel dengan senang hati =)
DalKap ada tournament speedball di kuantan esok. aku bertugas sebagai jurugambar rasmi heheh.
akan bermalam di vistana,kuantan malam ini. ini kali ke-2 lah tidur di vistana. mula-mula dulu masa pergi rumah terbuka shamsul.
aku gerak ke kuantan petang ini dengan muzri dan yam. kemungkinan lah, kalau plan tak ditukar lagi.
bulan ni aku naik kuantan 2 kali masuk trip yang ini. trip pertama hari itu bermalam di rumah kakak ipar rozie sebelum ke besut.
kenduri kahwin hani. surprise trip to besut heheh. pergi lalu terengganu, balik lalu gua musang. kesesakan yang hebat.
3 jam sangkut di kawasan yang sama disebabkan lori kertas terbalik melintang jalan. nasib baik ramai orang tersangkut sama.
kalau tak, seram gak kat tengah-tengah hutan tu hendak duduk lama-lama. tapi, syabas buat katak. berjaya sampai ke sana. huhu!!

ok, nak sambung tengok kes-kes (kalau ada).

Dark Knights in action!!!

 

lebih baik jika ku tidak punya hati
[info]nestrez
hendak marah tidak boleh, hendak mengelak pun tidak boleh.
tiada sesiapa hendak ganti, aku juga lah yang kena.
kadang-kadang tu aku terfikir kenapalah aku ni baik sangat.
tak mengapa, ini hari mereka, esok lusa mungkin hari aku.

tapi dari dulu lagi hari aku tidak sampai-sampai.

mungkinkah julai? atau jun?

oh perut sakit lagi. padahal angin sudah naik ke kepala semalam.
ini angin baru lah ni, damn it!
angin kat kepala ni bila nak surut?
entah

Thank God I Found You
[info]nestrez
orang jauh sudah tidak jauh di hati, bertambah dekat dari sehari ke sehari.
aku bagi dia peluang, bagi peluang kepada persahabatan yang sudah 4 tahun.
lagipun, dia seorang sahabat yang baik dan memahami aku seadanya.
dia penting untuk aku dan sudah-sudahla dengan emosi tak terkawal aku ni.
yang paling utama, dia dan aku saling berhubungan supaya masing-masing tidak terasa hati.
dia pernah mengatakan kepada aku yang seorang kekasih itu senang dicari tetapi seorang sahabat itu tidak.

kan aku dah tampal kat atas tu, aku jua punya hati!

sayangilah badan anda
[info]nestrez
emoking mesej tadi ajak keluar, katanya "lepak uptown kol 12. tak photographer la tido awal. haha"
deym! nak sangat aku ni join tapi ada beberapa sebab yang buat aku macam berfikir banyak kali nak lepak malam-malam:

1. parking susah nak cari bila malam, semua penghuni dah siap-siap balik rumah nak tidur.
2. aku masuk keje esok pukul 7 pagi. memang haram tak terjaga lah kalau aku lepak berembun sampai ke pagi.
3. aku malas nak memandu malam buta sendirian heheh
4. perut aku dah masuk angin siang tadi, sekarang dah naik ke kepala. jangan tanya bagaimana
5. kepala sakit kerana perkara nombor 4.
6. nak rehat cukup untuk speedball tournament sabtu ni di kuantan
7. malas
8. mengantuk


gila. banyak betul alasan aku. tapi kalau aku pegi jugak lepak, memang esok aku mengantuk campur migraine campur
angin campur cranky. oh. tidak bagus untuk kawan-kawan ofis la itu macam. silap-silap aku kena pelempang. hahaha.
maka, keputusan sudah dibuat.

tidur lagi syok!

ken and me, a love story
[info]nestrez
satu pagi semasa aku nak pergi kerja, aku masukla lif untuk turun bawah. aku duduk di kawasan paling popular di kalangan media dan pihak berkuasa contohnya polis dan bomba. alah, kalau tak percaya, pergilah buka suratkhabar tempatan (bukan tabloid ye) dan mesti nama tempat tinggal aku ni ada dalam situ. kalau tak pasal air kena potong, mesti pasal air kena catu. tak pun pasal eletrik diputuskan untuk jimat elektrik la konon. tak pun bukakla rancangan 999 ke 360 ke, mesti ada pasal kes kecurian kereta dan motor di kawasan ini. aku pun tak femes macam rumah aku ahahaha.. eh,lari topik. berbalik kepada cerita aku nak pegi keje tadi. semasa turun ke satu tingkat ni, ada seorang apek masuk. dia tengok aku, aku pun tengoklah dia sambil senyum. dah berdua, nak buat apa lagi kan. takkan aku nak pandang siling je sampai keluar lif, nanti dia kata aku ni takde semangat kejiranan. jumpa jiran tak nak senyum. herher. oklah, selepas 10 saat macam tu, dia pun bukak mulut.

apek: eh, you kerja komputer ka? jual printer itu?
aku: er..er..tak lah, i kerja bahagian support, jaga servers
apek: eh, itu baju pakai baju HP. mestila you jual printer, komputer kan?
aku: oh, ha. bolehla uncle. saya jual lah (sambil geram pasal apa aku pakai baju sponsor kampeni)


moral, lain kali kalau nak pakai jugak baju taja, sarunglah jaket ka, sweater ka di luar. takdelah logo tu ternampak dek orang lain. terus aku teringat masa sekolah dulu, ahli pbsm tak boleh pakai uniform di luar kawasan sekolah. sekurang-kurangnya kena pakai baju lain di luar sebab tak mau nanti orang kampung tahan kot ada kemalangan di mana-mana. kiranya pbsm ni macam wakil hospital la ni. nasib baik aku memang benci aktiviti kokurikulum, boleh la aku tidur setiap petang dan bangun pukul 6 layan drama cina.

early days with ken
[info]nestrez
aku rasa masa aku kecik dulu, ada satu kali (ke banyak kali?) tuh bila cikgu kelas suruh tulis tiga cita-cita bila besar nanti, aku tulis jurugambar. haha! entah ye entah tidak je aku nih. mentang-mentang lah dah sambar DSLR satu semalam, terus teringat bagai. poyos.

kamera pertama aku dulu kamera berfilem yang pakai kodak. kodak tuh ialah satu brand tapi tatau la apa pasal orang panggil kodak jugak walaupun filem yang dibeli tu fuji, konica dan lain-lain. yang paling best, sebelum nak tangkap gambar, mesti kena krek krek dulu. gerakkan filem dalam kamera secara manual la nih. aku pun tatau la apa term untuk benda yang kena pusing ikut arah jam tu. heheh. itu kalau tak pandai tangkap, senget ke, kabur ke, apa ke, memang bazir filem je lah. bukan boleh adjust pose sebelum ambil macam sekarang. aku rasa itu sebab aku bubuh cita-cita aku jurukamera la kot. lepas tuh baca suratkhabar, ada orang ni ambil gambar dalam laut, terus nak jadik ahli marin. memang merepek. pernah sekali tu, aku bubuh bomba dalam baris ke-3. baris pertama aku bubuh cikgu. tak masuk akal betol cita-cita aku nih ahahaha.

sebelum aku rembat SLR ni, aku pakai lumix. panasonic. hebat wa cakap lu! tapi masa aku beli tu, masih zaman 5-7MegaPixel. dua tahun lebih jugak lah aku dah pakai lumix 6MP ni sampailah aku terpikat dengan kegagahan SLR. masih ber-eksperimen lagi dengan features yang ada. merangkak jugaklah. tapi untuk orang yang baru nak berjinak-jinak dengan SLR, disarankan beli canon 1000D macam aku. untuk belajar, eloklah. esok kalau dah pro, rasa dah pandai, bolehla upgrade ke keluarga nikon pulak. aku nak bagi nama la kat buah hati aku nih, panggil dia ken (singkatan untuk kenon). ok tak? encik ken ku sayang..hohohohoho




sabtu yang jerebu
[info]nestrez
di rumah sudah ada line. setelah huru-hara telekom dan kedai komputer bawah rumah nih aku serbu. dah aktifkan line tapi modem haram tak nampak. penat dah sana sini aku pergi, email marah2 aku hantar ke tm custcare (lepas 3 hari baru nak reply email marah aku, apahal?? lembab cam mentega!) dan nada2 marah ditujukan kepada cik/encik call center, modem tak dapat jugak. tsk. akhirnya, amjon (member opis) dengan baik hatinya sedekah modem free kat aku.yay!lisa install dengan jayanya semalam dan tadaaaaaa...masing2 dapat online bersama2 hasil switch 5-port pinjam yang aku dapat dari mekja.mekasehla kawan2, menolong orang teraniaya ni dapat pahala banyak.kan kan?

oh, kepada kawan2 yang bukak blog dan tengok hanya ada entry ini sahaja,jangan pulak panik dan kaget lalu terus telepon aku.tidak,ini bukan hasil orang hacked,tidak sama sekali.takde sapa nak buang masa nak hack blog ni.melainkan aku saja2 nak praktis skill hacking yang tak pernah ku tahu bagaimana caranya itu.ada satu kisah komedi terjadi mengaitkan link blog ini sampai ke ostolia sana.cukuplah itu sahaja yang boleh aku bagitau.semua entries sebelum ni dah diprivatekan untuk friends sahaja.heh.

aku: aku nk create new blog lah
aku: dah taknak merepek2 dgn org jauh lg
emoking : tak nak merepek ngan org jauh? haha
emoking: ok la tu


bila difikir2, malaslah nak buat blog lain.leceh.malas!mengantuk!hujan!lapar!

Home